LAMAN SAINS TAHUN 5
Wednesday, 16 May 2012
Tuesday, 15 May 2012
PROSES KEJADIAN HUJAN
Kerpasan
Proses pelepasan air daripada awan
Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu. Proses ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses berlaku dalam bentuk air hujan.
Bagaimana titisan air hujan terbentuk?
Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil,tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia. Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera.Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.
Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan masa
Peta di sebelah menunjukkan purata air hujan tahunan dalam milimeter dan inci bagi seluruh dunia ini. Kawasan hijau cerah boleh dianggap sebagai kawasan "gurun". Kemungkinan besar anda menganggap kawasan Sahara di Afrika ialah kawasan gurun tetapi pernahkan anda juga menganggap Greenland dan Antartika sebagai kawasan gurun juga?
Pergerakkan wap air dari daun tumbuhan kepada lapisan atmosfera
Proses transpirasi ialah proses pengangkutan lembapan air melalui
tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada permukaan daun,dan
di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan dibebaskan ke
atmosfera bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari permukaan
daun. 10% daripada kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan
melalui proses transpirasi.
Secara umumnya, proses transpirasi pada tumbuhan tidak dapat dilihat
oleh mata kasar sungguhpun air akan menyejat dari permukaan daun, tetapi
anda tidak
Kondensasi
Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair
Kondensasi ialah proses pertukaran air daripada bentuk wap kepada
cecair. Proses ini memainkan peranan penting kepada kitaran air kerana
kondensasi penting dalam proses pembentukkan awan.Awan seterusnya pula
menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air sejatan kembali
semula ke bumi.Kondensasi ialah proses yang terbalik bagi sejatan.
Kabus juga berlaku sebagai akibat daripada proses kondensasi dan juga
menyebabkan berlakunya keadaan cermin mata anda yang menjadi kabur
apabila anda berpindah daripada sebuah bilik yang sejuk kepada luar
bilik pada suatu hari yang panas serta lembap, bagi titisan air yang
meleleh pada permukaan luar gelas anda, serta bagi pembentukkan air pada
permukaan dalam tingkap di rumah anda pada hari yang sejuk.
Proses kondensasi di udara.
Proses kondensasi di udara.
Transpirasi
Pergerakkan wap air dari daun tumbuhan kepada lapisan atmosfera
Proses transpirasi ialah proses pengangkutan lembapan air melalui
tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada permukaan daun,dan
di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan dibebaskan ke
atmosfera bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari permukaan
daun. 10% daripada kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan
melalui proses transpirasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)